Monday, September 12, 2011

Expecting for no. 3



Alhamdulillah... Allah bagi rezeki untuk tambah ahli keluarga lagi. Setakat hari ni dah nak masuk minggu ke 10. Pengnancy kali ni agak mencabar sebab mabuk paling teruk kalau compare dgn anak2 yang sebelumnya.. Tak kisah la baby girl or boy, yang penting baby sihat walafiat & cukup sifat.


TQ Allah. Semoga baby ke-3 ni menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga. Semoga Allah permudahkan segala urusan & semoga impian papa & mama tercapai. Amin.

Kenangan Aidilfitri 2011. InsyaAllah tahun depan ber-5... :-)

Monday, June 13, 2011

Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

Dipetik dari ~ http://halaqah.net untuk renungan bersama




KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Oleh: Lokman Ismail

Sunday, March 27, 2011

26 March 2011

Syukur alhamdulillah Allah beri peluang sehingga ke usia 31tahun tanpa sebarang penyakit & sihat walafiat. Semoga pengalaman yang dihadapi sepanjang hidup ni dapat dijadikan panduan untuk hadapi hari-hari mendatang sebagai insan yang lebih matang.

Kepada keluarga dan sahabat handai terima kasih atas ucapan & doa kalian. Amin...


~ I luv to be me : Alhamdulillah ~

Pre Birthday Cake


Di sebabkan my birthday jatuh hari Sabtu, Juju bought me a piece of cake. Terharu rasanya bila Juju belanje kek from A Slice Of Heaven.. Durian Choc Cake.. mula2 tgk macam x kene (durian + choclate) tapi sekali rasa terus jatuh cinta..


At the same time also i bought macaron sebab asyik dengar cerita orang kata best sesgt..


Everyone shud try this cake (^_^)



A Yummy Durian Choc Cake



Macaron ~ The taste: not bad


Tq my dear Juju..


Friday, February 25, 2011

Tq Juju

Di saat kepala serabut dgn kerja tetiba dapat secawan nescafe yang best dari Juju. Tq juju...untung ader kawan. Alhamdulillah Location : Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Posted via Blogaway

Wednesday, February 23, 2011

Siapa Salah? Perlukah?

October 28th, 2009 by Fadzli Yusof

Semalam semasa sedang duduk di kaki lima sebuah hospital kerana sedikit urusan, saya terdengar seorang wanita sedang bercakap telefon. Bukan sengaja nak pasang telinga, tetapi dia bercakap dengan agak kuat. Tanpa perlu pasang telinga, saya sudah boleh menangkap setiap baris ayat dan perkataan.

“Saya pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ni Encik!” kata wanita itu sambil mundar mandir. Kemudian dia cuba menerangkan sesuatu yang agak teknikal. Saya memahami beberapa idea mudah, dan kurang faham beberapa ayatnya. Kemudian, sepotong ayat menarik perhatian saya; “Saya pun tak tahu nak salahkan sapa lagi Encik. Saya pun pening!”

Perlukah kita salahkan orang lain? Jika sekiranya ianya di bawah bidang kuasa kita, maka kita perlu mengambil tanggungjawab. Jika sekiranya ia di bawah bidang kuasa orang lain, dia tak perlu memberi penjelasan di dalam telefon. Beri sahaja nombor talian orang yang bertanggungjawab dalam urusan tersebut.



Jika sekiranya dia yang menjaga urusan tersebut, dan sesuatu berlaku di luar kawalan, maka dia masih tak perlu cari ’siapa yang bersalah’. Dia hanya perlu menjelaskan suasana ‘act of God’ yang berlaku itu. Tiada sesiapa yang perlu disalahkan. Terus sahaja bincangkan tentang ‘bagaimana untuk mengatasi’ dan ‘apa yang boleh dilakukan’.

Kadang-kadang memang ada orang yang suka mencari salah, ataupun berfikiran ‘offensif’. Dia suka berfikir tentang mencari siapa yang silap. Dia akan selalu menyakiti hati orang lain,? walaupun dia tidak pernah mahu menyakiti hati orang lain. Gaya fikirnya menumpukan kepada? mencari siapa yang bersalah, supaya dia selamat dari sebarang salah, walaupun sememangnya dia tak perlu takut dianggap bersalah. Maka lahirlah komunikasi dan interaksi yang melukakan orang di sekelilingnya.


Jikalau dia mencari fail di pejabat, dia suka bertanya, “Di mana awak letak fail berwarna merah tu?”, padahal dia boleh sahaja berkata, “Di mana fail berwarna merah tu?”. Manakala pemikiran konstruktif pula adalah pemikiran yang melahirkan kerja berpasukan yang sinergi. Gaya fikir ini berlaku apabila seseorang itu tidak mementingkan ’siapa yang bersalah’, tetapi ‘apa yang boleh kita buat’ atau ‘bagaimana untuk mengatasinya’. Dengan gaya fikir begitu, tutur katanya nanti tidak akan menyakiti hati orang lain.

Berikut adalah beberapa contoh ayat-ayat orang berfikiran ofensif:

“Kenapa awak letak beg ni merata-rata? Saya tersepak tadi!” (Ofensif) “Bagaimana beg ini boleh berada di sini?” (Neutral) “Macamana kita nak pastikan pejabat kita tidak bersepah dan merbahaya ya?” (Konstruktif) “Mana awak letak kertas tadi?” (Ofensif) “Di mana kertas tadi?” (Neutral) “Di mana saya boleh dapatkan kertas tadi ye?” (Konstruktif)

Kebiasaannya, orang yang berfikiran ofensif dan mencari salah akan menjadi lebih stress berbanding orang lain. Jika dia ditimpa musibah atau masalah, kebiasaannya dia akan berkata:


“Kenapa Tuhan uji saya begini?” (Ofensif) “Kenapa saya? Kenapa!” (Ofensif) “Semuanya tak kena. Takdir / Dunia / Hidup ini memang tidak adil!” (Ofensif menyalahkan hidup/dunia) “Kenapalah aku ditakdirkan begini…” (Ofensif menyalah-nyalahkan takdir)

Untuk apa kita mempersoalkan ‘kenapa’ Tuhan melakukan sesuatu? Adakah Tuhan perlu memberikan alasanNya kepada kita? Sebaliknya, orang yang neutral-positif akan berkata:

“Apakah hikmah yang Tuhan ingin tunjukkan dalam kejadian ini?” (Neutral-Positif)

Manakala orang yang Konstruktif akan berkata:

“Apa yang boleh/patut aku lakukan untuk menghadapi situasi ini?” (Konstruktif) “Apa kekuatan/peluang yang aku boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah ini?” (Konstruktif) “Siapa yang boleh bantu saya selesaikan situasi ini?” (Konstruktif) “Apakah kebaikan yang saya boleh perolehi selepas saya berjaya selesaikan masalah ini?” (Konstruktif)

…bersambung.

 

Blog Template by YummyLolly.com