There was an error in this gadget

Friday, February 25, 2011

Tq Juju

Di saat kepala serabut dgn kerja tetiba dapat secawan nescafe yang best dari Juju. Tq juju...untung ader kawan. Alhamdulillah Location : Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Posted via Blogaway

Wednesday, February 23, 2011

Siapa Salah? Perlukah?

October 28th, 2009 by Fadzli Yusof

Semalam semasa sedang duduk di kaki lima sebuah hospital kerana sedikit urusan, saya terdengar seorang wanita sedang bercakap telefon. Bukan sengaja nak pasang telinga, tetapi dia bercakap dengan agak kuat. Tanpa perlu pasang telinga, saya sudah boleh menangkap setiap baris ayat dan perkataan.

“Saya pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ni Encik!” kata wanita itu sambil mundar mandir. Kemudian dia cuba menerangkan sesuatu yang agak teknikal. Saya memahami beberapa idea mudah, dan kurang faham beberapa ayatnya. Kemudian, sepotong ayat menarik perhatian saya; “Saya pun tak tahu nak salahkan sapa lagi Encik. Saya pun pening!”

Perlukah kita salahkan orang lain? Jika sekiranya ianya di bawah bidang kuasa kita, maka kita perlu mengambil tanggungjawab. Jika sekiranya ia di bawah bidang kuasa orang lain, dia tak perlu memberi penjelasan di dalam telefon. Beri sahaja nombor talian orang yang bertanggungjawab dalam urusan tersebut.



Jika sekiranya dia yang menjaga urusan tersebut, dan sesuatu berlaku di luar kawalan, maka dia masih tak perlu cari ’siapa yang bersalah’. Dia hanya perlu menjelaskan suasana ‘act of God’ yang berlaku itu. Tiada sesiapa yang perlu disalahkan. Terus sahaja bincangkan tentang ‘bagaimana untuk mengatasi’ dan ‘apa yang boleh dilakukan’.

Kadang-kadang memang ada orang yang suka mencari salah, ataupun berfikiran ‘offensif’. Dia suka berfikir tentang mencari siapa yang silap. Dia akan selalu menyakiti hati orang lain,? walaupun dia tidak pernah mahu menyakiti hati orang lain. Gaya fikirnya menumpukan kepada? mencari siapa yang bersalah, supaya dia selamat dari sebarang salah, walaupun sememangnya dia tak perlu takut dianggap bersalah. Maka lahirlah komunikasi dan interaksi yang melukakan orang di sekelilingnya.


Jikalau dia mencari fail di pejabat, dia suka bertanya, “Di mana awak letak fail berwarna merah tu?”, padahal dia boleh sahaja berkata, “Di mana fail berwarna merah tu?”. Manakala pemikiran konstruktif pula adalah pemikiran yang melahirkan kerja berpasukan yang sinergi. Gaya fikir ini berlaku apabila seseorang itu tidak mementingkan ’siapa yang bersalah’, tetapi ‘apa yang boleh kita buat’ atau ‘bagaimana untuk mengatasinya’. Dengan gaya fikir begitu, tutur katanya nanti tidak akan menyakiti hati orang lain.

Berikut adalah beberapa contoh ayat-ayat orang berfikiran ofensif:

“Kenapa awak letak beg ni merata-rata? Saya tersepak tadi!” (Ofensif) “Bagaimana beg ini boleh berada di sini?” (Neutral) “Macamana kita nak pastikan pejabat kita tidak bersepah dan merbahaya ya?” (Konstruktif) “Mana awak letak kertas tadi?” (Ofensif) “Di mana kertas tadi?” (Neutral) “Di mana saya boleh dapatkan kertas tadi ye?” (Konstruktif)

Kebiasaannya, orang yang berfikiran ofensif dan mencari salah akan menjadi lebih stress berbanding orang lain. Jika dia ditimpa musibah atau masalah, kebiasaannya dia akan berkata:


“Kenapa Tuhan uji saya begini?” (Ofensif) “Kenapa saya? Kenapa!” (Ofensif) “Semuanya tak kena. Takdir / Dunia / Hidup ini memang tidak adil!” (Ofensif menyalahkan hidup/dunia) “Kenapalah aku ditakdirkan begini…” (Ofensif menyalah-nyalahkan takdir)

Untuk apa kita mempersoalkan ‘kenapa’ Tuhan melakukan sesuatu? Adakah Tuhan perlu memberikan alasanNya kepada kita? Sebaliknya, orang yang neutral-positif akan berkata:

“Apakah hikmah yang Tuhan ingin tunjukkan dalam kejadian ini?” (Neutral-Positif)

Manakala orang yang Konstruktif akan berkata:

“Apa yang boleh/patut aku lakukan untuk menghadapi situasi ini?” (Konstruktif) “Apa kekuatan/peluang yang aku boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah ini?” (Konstruktif) “Siapa yang boleh bantu saya selesaikan situasi ini?” (Konstruktif) “Apakah kebaikan yang saya boleh perolehi selepas saya berjaya selesaikan masalah ini?” (Konstruktif)

…bersambung.

 

Blog Template by YummyLolly.com