Friday, October 8, 2010

~ Trifle Oh Trifle ~

Salam semua.. Entry kali ni kita share resepi la pulak ~ trifle best. Resepi trifle ini disumbangkan oleh Pn Nazreena Noor @ my sister in law. Tq Geena. Percubaan pertama bersama Geena sangat berjaya & harap2 kalo buat sendiri nanti jadik la jugak.. (^_*) Bahan-bahan : 2 swiss roll vanilla 3 tin ideal milk Bird custard Gula caster Asen Vanilla 1 tin fruit cocktail 2 tin lychee in syrup 2 tin longan in syrup 4 packets kristal jelly strawberry 1 kotak fresh milk Cara membuatnya : Mula-mula potong swiss roll vanilla dan susun di dalam bekas, jadikan lapisan pertama. Kemudian sediakan kastard. Campurkan 12 sudu kastard bersama 3 tin ideal milk di dalam satu bekas lain. Tambahkan 3 tin air suam di dalam bancuhan(gunakan tin ideal milk tadi) dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan gula caster secukup rasa. Masak kastard di atas api yang perlahan sehingga adunan jadi likat. Kastard yang sedang dimasak mesti selalu dikacau untuk elakkan ia hangus & berketul. Apabila kastard dah likat, segera tuangkan di atas kek vanilla yang disusun tadi sebagai lapisan kedua. Campurkan fruit cocktail, laici & longan dan tapis sirapnya. Taburkan buah-buahan tadi di atas kastard. Langkah seterusnya adalah menyediakan jelly. Bancuhan jelly adalah berbeza mangikut jenis jelly. Cara bancuhan selalunya disediakan pada kotak atau packing jelly tersebut. Last sekali bancuh jelly dan tuang atas buah-buahan & kastad tadi perlahan-lahan. Masukkan dalam peti sejuk supaya jelly beku. Ada sesetengah jelly ambil masa 4 hingga 8 jam untuk beku, ada jugak yang beku immediately.

Sekarang trifle sedia dimakan selepas jeli dah beku. Trifle boleh dimakan saja atau dimakan bersama fresh milk.

1. Swiss roll dipotong & disusun dalam bekas


2. Kastad yang dibancuh


3. Kastad yang telah dimasak & sejuk



1. Buah-buahan cocktail, laici & longan dicampur


2. Buah-buahan ditabur atas kastard yang telah sejuk


3. Trifle setelah dituang jelly.


4. Jell-o perisa strawberry ~~~~~~~~ SELAMAT MENCUBA ~~~~~~~~

Open Department


Hari yang ditungu-tunggu lepas naik cuti raya..apa lagi makan2 jamuan raya la. My department buat on 30 September 2010. Makanan sumer best2..macam2 ada..dan yang paling best sekali jamuan tu dekat Unit IT. So, hari tu unit IT sumer makan..makan..makan..kerja..makan balik..macam tu la sampai balik...


{ Masing2 yang konon2 sibuk buat persiapan jamuan }

{ Makanan : Soto, Nasi Impit, Daging Dendeng, Kuah kacang & macam2 lah.. }

{ Makan time..sampai bersilang tangan..Ali jugak yang rilek } { Lepas makan..bergambar..} Habis dah..Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.. (^_*)

Wednesday, October 6, 2010

Berhari Raya Dengan Ikien

Raya ke-9 hari tu sepatutnya we all pergi wedding invitation kat Dewan MPS. kalau ikut plan asal, we all ingat nak singgah Seremban Parade carik cadar baru...tapi disebabkan Thihanee meragam dek kerana mengantuk...terus tak jadi pergi, duduk rumah je laa..


Dalam boring2 tu terasa nak gi berjalan jugak. Terus jer call Ikien ajak dia beraya rumah Ijan kat Kajang. Ikien ni antara kawan yang memang best & sporting..dia on jer sebab tgh free... Lepas Thihanee bangun tido jer terus gerak ke rumah Ijan dalam pukul 3 petang. Aqeef awal2 lagi dah siap, dia ok jer asal ader cerita Tom & Jerry atau Ultraman dia dok diamla.


Dah alang2 nak berjumpa kengkawan lama ni, Ikien suggest suruh call kengkawan lain yang tinggal area berdekatan ajak beraya sekali umah Ijan. Suka hati kitorang jer kan buat reunion rumah orang..ngehehe. Ramai gak yang kitorang contact tapi mostly still beraya kat kampung memasing yang ader cuma Noriah jer. Takpela walaupun cuma jumpa 3 orang..kitorang tetap seronok. Ijan selaku tuan rumah yang baik hati siap buat mihoon soto lagi..Ermm memang best. Thank you berry much Ijan, Ikien & Noriah.






Lepas beraya rumah Ijan, Ikien ajak pergi melawat Mieza di Sungai Merap, Bangi. Ijan & Noriah x dapat ikut sebab ade hal lain. Kat rumah Mieza kitorang makan speghetti. Sempat lagi Mieza masak dalam sakit2 tu. Tq Mieza. Sedap speghetti hari tu. Lain kali kalo kitorang datang buat la lagi...hehehe.






Sebelum balik rumah..siap tumpang mandikan Aqeef & Hanee kat rumah Mieza. Pening Ikien tengok Aqeef & Hanee yang tak reti dok diam...huhuhu. Macam tu la saya & anak2..ribut!!


Masa nak balik dari rumah Mieza, terjadilah satu insiden. Jari Aqeef tak pasal2 terkepit pintu kereta. Thihanee tertutup pintu kereta cepat sangat. Kesian abang long..Aqeef nangis sebab sakit tapi Thhanee yang x apa2 tu nangis jugak. Agaknya takut kene marah kot.. Aty Mieza sempat sapu minyak gamat..huhu. Pengajaran untuk Aqeef & Hanee..lain kali jgn main pintu kereta lagi.






1. Mieza, Ikien & me with Hanee & Aqeef


2. Ikien & I~friendship forever


3. Ijan, Ikien, saya & Noriah



Balik konvoi dgn Ikien sampai Nilai. Lepas tu we all amik arah memasing. Anak2 pun dah mandi, balik ni terus tido. Seronok sgt dapat jumpa kengkawan lama...


Monday, October 4, 2010

Suatu Hari Di Hari Raya 2010

Seperti biasa raya pertama akan berada di Seremban kemudian petang kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman di Jementah, Segamat. Sebelum tu, kami akan pergi rumah arwah nenek sebelah suami kerana saudara mara akan berkumpul di sana menikmati masakan kacang pol oleh Aty Mek. Kepada yang tak tahu apa dia kacang pol tu..ia sejenis makanan Arab yang dimakan bersama roti perancis atau ader jugak yang makan dengan roti boom bersama telur mata yang ditabur bawang & cili masak segar. Masa mula2 makan kacang pol ni rasa macam tak suka..tapi bila dah pandai makan baru terasa keenakannya.


Tak banyak gambar yang dapat di'snap' masa hari raya tu..tapi ader la skit2 yang dapat di'snap' untuk tatapan & kenangan.


Yang paling seronok masa hari raya ni bila tengok anak2 enjoy sangat dengan baju & duit raya masing2. Bila time nak balik kampung dua-dua asyik nyanyi lagu 'Balik Kampung'... Masing-masing membayangkan suasana gembira & meriah. Semoga Hari Raya yang akan datang lebih meriah & membahagiakan buat kami sekeluarga. ~Amin ~

Long Coffee Break

Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Maaf Zahir Batin. Dah lama sangat tak update blog ni atas sebab2 komitmen. Sepanjang masa tu macam2 pengalaman yang dilalui suka duka pahit manis msam manis..macam2 laa.. Tapi, InsyaAllah lepas ni akan diusahakan agar blog ni sentiasa terisi dengan cerita2 baru.
 

Blog Template by YummyLolly.com