Monday, December 6, 2010

Family vacation

Selepas 8 hari kene kerja dari Pantai Timur ke Utara, kene la cover balik masa yang dah tercuri dgn anak2 & hubby. So, i amik cuti 2 hari & book i room apartment kat Sucasa Ampang. Plan nak bawa Aqeef & Hanee pergi Aquaria tapi tetiba Aqeef cakap nak pergi Zoo Negara. So, tukar plan ke Zoo Negara. ~1st day vacation ~

Ni antara gambar2 yang dapat snap masa kat Zoo Negara.



Hanee yang memang tak reti takut.. rilex jer bagi giraffe tu makan. Aqeef suka tengok jerr..xnak bagi elephant makan..


Pose menarik di butterfly garden..

Patutnya we all tunggu animal show lagi sejam. Show start pukul 3 petang, tp sebab hanee dah meragam..i suggest balik hotel jer sebab dah x larat nak dukung budak bertuah sorang ni... Nak mama jugak dukung..huhu..hanee..hanee..

Balik hotel jer ingat budak berdua ni nak tido rupanya ajak mandi swimming pool...tambah pulak ader sepupu K Min, K Dini, K Izah & Abg Muqree lagi la overexcited...

Selepas penat berjalan & berenang seharian.. dua-dua tido awal.. Mama & papa boleh rilex sambil tengok movie best!.


~ 2nd day vacation ~


Pose at hotel lobby. Ready to go to Bangsar

Hari tu Tok Bah ajak makan dekat Chili's Bangsar, Tok Bah belanja...yummy..bestnyer chicken monterey. Lagi satu yang best makan kat situ sebab kids eat free... Hanee & Aqeef pun suka makanan kat situ. TQ Tok Bah & Neni.



~ TQ papa for the very exciting vacation. We Luv u soooo much!!! ~

Friday, November 19, 2010

How to say I LOVE U IN 100 LANGUAGES





1. Afrikaans - Ek het jou lief

2. Albanian - Te dua

3. Arabic - Ana behibak (to male) Arabic - Ana behibek (to female)

4. Armenian - Yes kez sirumen

5. Bambara - M'bi fe

6. Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi

7. Belarusian - Ya tabe kahayu

8. Bisaya - Nahigugma ako kanimo

9. Bulgarian - Obicham te

10. Cambodian - Soro lahn nhee ah

11. Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a

12. Catalan - T'estimo

13. Cheyenne - Ne mohotatse

14. Chichewa - Ndimakukonda

15. Corsican - Ti tengu caru (to male)

16. Creol - Mi aime jou

17. Croatian - Volim te

18. Czech - Miluji te

19. Danish - Jeg Elsker Dig

20. Dutch - Ik hou van jou

21. English- I Love You

22. Esperanto - Mi amas vin

23. Estonian - Ma armastan sind

24. Ethiopian - Afgreki'

25. Faroese - Eg elski teg


26. Farsi - Doset daram

27. Filipino - Mahal kita

28. Finnish - Mina rakastan sinua

29. French - Je t'aime, Je t'adore

30. Gaelic - Ta gra agam ort

31. Georgian - Mikvarhar

32. German - Ich liebe dich

33. Greek - S'agapo

34. Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo

35. Hiligaynon - Palangga ko ikaw

36. Hawaiian - Aloha wau ia oi

37. Hebrew - Ani ohev otah (to female) Hebrew - Ani ohev et otha (to male)

38. Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw

39. Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae

40. Hmong - Kuv hlub koj

41. Hopi - Nu' umi unangwa'ta

42. Hungarian - Szeretlek

43. Icelandic - Eg elska tig

44. Ilonggo - Palangga ko ikaw

45. Indonesian - Saya cinta padamu

46. Inuit - Negligevapse

47. Irish - Taim i' ngra leat

48. Italian - Ti amo

49. Japanese - Aishiteru

50. Kannada - Naanu ninna preetisuttene

51. Kapampangan - Kaluguran daka

52. Kiswahili - Nakupenda

53. Konkani - Tu magel moga cho

54. Korean - Sarang Heyo

55. Latin - Te amo

56. Latvian - Es tevi miilu

57. Lebanese - Bahibak

58. Lithuanian - Tave myliu

59. Malay - Saya cintakan kamu / Aku cinta padamu

60. Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

61. Mandarin Chinese - Wo ai ni

62. Marathi - Me tula prem karto

63. Mohawk - Kanbhik

64. Moroccan - Ana moajaba bik

65. Nahuatl - Ni mits neki

66. Navaho - Ayor anosh'ni

67. Norwegian - Jeg Elsker Deg

68. Pandacan - Syota na kita!!

69. Pangasinan - Inaru Taka

70. Papiamento - Mi ta stimabo

71. Persian - Doo-set daaram

72. Pig Latin - Iay ovlay ouyay

73. Polish - Kocham Ciebie

74. Portuguese - Eu te amo

75. Romanian - Te ubesk

76. Russian - Ya tebya liubliu

77. Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort

78. Serbian - Volim te

79. Setswana - Ke a go rata

80. Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')

81. Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan

82. Sioux - Techihhila

83. Slovak - Lu`bim ta

84. Slovenian - Ljubim te

85. Spanish - Te quiero / Te amo

86. Swahili - Ninapenda wewe

87. Swedish - Jag alskar dig

88. Swiss-German - Ich lieb Di

89. Tagalog - Mahal kita

90. Taiwanese - Wa ga ei li

91. Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe

92. Tamil - Nan unnai kathalikaraen

93. Telugu - Nenu ninnu premistunnanu

94. Thai - Chan rak khun (to male) Thai - Phom rak khun (to female)

95. Turkish - Seni Seviyorum

96. Ukrainian - Ya tebe kahayu

97. Urdu - mai aap say pyaar karta hoo Vietnamese - Anh ye^u em (to female)

98. Vietnamese - Em ye^u anh (to male) Welsh - 'Rwy'n dy garu

99. Yiddish - Ikh hob dikh

100. Yoruba - Mo ni fe




Monday, November 8, 2010

Info Kesihatan ~ Monavie

Minuman kesihatan yang sangat berkhasiat.. ramai yang dah mencubanya termasuk saya sekeluarga.. Jom share sesama..

Dengan mengambil pertimbangan keatas falsafah Keseimbangan-Kepelbagaian-Kesederhanaan, MonaVie™ telah mencipta satu minuman yang menawarkan perbezaan dalam cita rasa. Hasilnya ialah satu minuman menyegarkan dan memberi keupayaan untuk hidup dalam kesejahteraan. MonaVie Original™ adalah gabungan adunan Acai Berry Brazil dan 18 buah buahan lain yang amat menyelerakan. •Memberi khasiat kepada tubuh anda dengan kebaikan dari Amazon. •Dirancang bagi mereka yang mengingin cara mudah untuk kepelbagaian buah-buahan dalam makanan harian mereka. •Mengandung acai, salah satu anugerah alam semulajadi paling berharga. •Boleh dinikmati pada semua peringkat usia, tua atau muda. •Pilihan bijak bagi mereka dengan gaya hidup yang sibuk.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh pergi kat website ini --> http://www.monavie.com/

Wednesday, October 27, 2010

Terrible Day..

Today is my terrible day..i made a big mistakes !!! To Juju, K Midah & Fakri sorry...sebab aku korang terjebak...Huhu...

Friday, October 8, 2010

~ Trifle Oh Trifle ~

Salam semua.. Entry kali ni kita share resepi la pulak ~ trifle best. Resepi trifle ini disumbangkan oleh Pn Nazreena Noor @ my sister in law. Tq Geena. Percubaan pertama bersama Geena sangat berjaya & harap2 kalo buat sendiri nanti jadik la jugak.. (^_*) Bahan-bahan : 2 swiss roll vanilla 3 tin ideal milk Bird custard Gula caster Asen Vanilla 1 tin fruit cocktail 2 tin lychee in syrup 2 tin longan in syrup 4 packets kristal jelly strawberry 1 kotak fresh milk Cara membuatnya : Mula-mula potong swiss roll vanilla dan susun di dalam bekas, jadikan lapisan pertama. Kemudian sediakan kastard. Campurkan 12 sudu kastard bersama 3 tin ideal milk di dalam satu bekas lain. Tambahkan 3 tin air suam di dalam bancuhan(gunakan tin ideal milk tadi) dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan gula caster secukup rasa. Masak kastard di atas api yang perlahan sehingga adunan jadi likat. Kastard yang sedang dimasak mesti selalu dikacau untuk elakkan ia hangus & berketul. Apabila kastard dah likat, segera tuangkan di atas kek vanilla yang disusun tadi sebagai lapisan kedua. Campurkan fruit cocktail, laici & longan dan tapis sirapnya. Taburkan buah-buahan tadi di atas kastard. Langkah seterusnya adalah menyediakan jelly. Bancuhan jelly adalah berbeza mangikut jenis jelly. Cara bancuhan selalunya disediakan pada kotak atau packing jelly tersebut. Last sekali bancuh jelly dan tuang atas buah-buahan & kastad tadi perlahan-lahan. Masukkan dalam peti sejuk supaya jelly beku. Ada sesetengah jelly ambil masa 4 hingga 8 jam untuk beku, ada jugak yang beku immediately.

Sekarang trifle sedia dimakan selepas jeli dah beku. Trifle boleh dimakan saja atau dimakan bersama fresh milk.

1. Swiss roll dipotong & disusun dalam bekas


2. Kastad yang dibancuh


3. Kastad yang telah dimasak & sejuk



1. Buah-buahan cocktail, laici & longan dicampur


2. Buah-buahan ditabur atas kastard yang telah sejuk


3. Trifle setelah dituang jelly.


4. Jell-o perisa strawberry ~~~~~~~~ SELAMAT MENCUBA ~~~~~~~~

Open Department


Hari yang ditungu-tunggu lepas naik cuti raya..apa lagi makan2 jamuan raya la. My department buat on 30 September 2010. Makanan sumer best2..macam2 ada..dan yang paling best sekali jamuan tu dekat Unit IT. So, hari tu unit IT sumer makan..makan..makan..kerja..makan balik..macam tu la sampai balik...


{ Masing2 yang konon2 sibuk buat persiapan jamuan }

{ Makanan : Soto, Nasi Impit, Daging Dendeng, Kuah kacang & macam2 lah.. }

{ Makan time..sampai bersilang tangan..Ali jugak yang rilek } { Lepas makan..bergambar..} Habis dah..Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.. (^_*)

Wednesday, October 6, 2010

Berhari Raya Dengan Ikien

Raya ke-9 hari tu sepatutnya we all pergi wedding invitation kat Dewan MPS. kalau ikut plan asal, we all ingat nak singgah Seremban Parade carik cadar baru...tapi disebabkan Thihanee meragam dek kerana mengantuk...terus tak jadi pergi, duduk rumah je laa..


Dalam boring2 tu terasa nak gi berjalan jugak. Terus jer call Ikien ajak dia beraya rumah Ijan kat Kajang. Ikien ni antara kawan yang memang best & sporting..dia on jer sebab tgh free... Lepas Thihanee bangun tido jer terus gerak ke rumah Ijan dalam pukul 3 petang. Aqeef awal2 lagi dah siap, dia ok jer asal ader cerita Tom & Jerry atau Ultraman dia dok diamla.


Dah alang2 nak berjumpa kengkawan lama ni, Ikien suggest suruh call kengkawan lain yang tinggal area berdekatan ajak beraya sekali umah Ijan. Suka hati kitorang jer kan buat reunion rumah orang..ngehehe. Ramai gak yang kitorang contact tapi mostly still beraya kat kampung memasing yang ader cuma Noriah jer. Takpela walaupun cuma jumpa 3 orang..kitorang tetap seronok. Ijan selaku tuan rumah yang baik hati siap buat mihoon soto lagi..Ermm memang best. Thank you berry much Ijan, Ikien & Noriah.






Lepas beraya rumah Ijan, Ikien ajak pergi melawat Mieza di Sungai Merap, Bangi. Ijan & Noriah x dapat ikut sebab ade hal lain. Kat rumah Mieza kitorang makan speghetti. Sempat lagi Mieza masak dalam sakit2 tu. Tq Mieza. Sedap speghetti hari tu. Lain kali kalo kitorang datang buat la lagi...hehehe.






Sebelum balik rumah..siap tumpang mandikan Aqeef & Hanee kat rumah Mieza. Pening Ikien tengok Aqeef & Hanee yang tak reti dok diam...huhuhu. Macam tu la saya & anak2..ribut!!


Masa nak balik dari rumah Mieza, terjadilah satu insiden. Jari Aqeef tak pasal2 terkepit pintu kereta. Thihanee tertutup pintu kereta cepat sangat. Kesian abang long..Aqeef nangis sebab sakit tapi Thhanee yang x apa2 tu nangis jugak. Agaknya takut kene marah kot.. Aty Mieza sempat sapu minyak gamat..huhu. Pengajaran untuk Aqeef & Hanee..lain kali jgn main pintu kereta lagi.






1. Mieza, Ikien & me with Hanee & Aqeef


2. Ikien & I~friendship forever


3. Ijan, Ikien, saya & Noriah



Balik konvoi dgn Ikien sampai Nilai. Lepas tu we all amik arah memasing. Anak2 pun dah mandi, balik ni terus tido. Seronok sgt dapat jumpa kengkawan lama...


Monday, October 4, 2010

Suatu Hari Di Hari Raya 2010

Seperti biasa raya pertama akan berada di Seremban kemudian petang kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman di Jementah, Segamat. Sebelum tu, kami akan pergi rumah arwah nenek sebelah suami kerana saudara mara akan berkumpul di sana menikmati masakan kacang pol oleh Aty Mek. Kepada yang tak tahu apa dia kacang pol tu..ia sejenis makanan Arab yang dimakan bersama roti perancis atau ader jugak yang makan dengan roti boom bersama telur mata yang ditabur bawang & cili masak segar. Masa mula2 makan kacang pol ni rasa macam tak suka..tapi bila dah pandai makan baru terasa keenakannya.


Tak banyak gambar yang dapat di'snap' masa hari raya tu..tapi ader la skit2 yang dapat di'snap' untuk tatapan & kenangan.


Yang paling seronok masa hari raya ni bila tengok anak2 enjoy sangat dengan baju & duit raya masing2. Bila time nak balik kampung dua-dua asyik nyanyi lagu 'Balik Kampung'... Masing-masing membayangkan suasana gembira & meriah. Semoga Hari Raya yang akan datang lebih meriah & membahagiakan buat kami sekeluarga. ~Amin ~

Long Coffee Break

Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Maaf Zahir Batin. Dah lama sangat tak update blog ni atas sebab2 komitmen. Sepanjang masa tu macam2 pengalaman yang dilalui suka duka pahit manis msam manis..macam2 laa.. Tapi, InsyaAllah lepas ni akan diusahakan agar blog ni sentiasa terisi dengan cerita2 baru.

Thursday, August 26, 2010

~ Rindunya Masakan Mak ~


Dah lama sangat x update blog nie sebab sibuk sikit & adanya halangan bila time nak update tu. Hari ni cuba jugak curi masa untuk update blog i yang x seberapa ni..huhuhu..


Tetiba jer teringat kat masakan mak especially soto ayam with bergedil masakan mak..emmm sedap sangatttt. Baru 2 minggu lepas balik kampung dah rindu..uwaaaa..(malu jerk kalo anak2 tgk mama dia nangis kan....). Masa balik hari tu sempat la amik gambar hidangan masakan mak untuk tatapan bersama di bulan posa yang indah niey..tp gambar soto x sempat amik sbb x menyempat sesangat nak makan..cuma dapat amik gambar lauk hari kedua jer..x dapat makan tengok gambar pun jadilaaa..

Menu dalam gambar tu Ayam masak merah, Gulai lemak labu+kobis, Sambal tempe, Ikan pekasam, ulam petai dangan sambal tempoyak. Hidangan sampingan pulak tempe goreng cicah sambal kicap denagn pisang tanduk goreng...emmm yummy.. sumer my favourite lauk-pauk..huhuhu.

Ok laa..xnak tunjuk byk2 nnt kempis pahala posa ari niey.. =).

Thursday, August 5, 2010

LESSONS FROM THE REAL WORLD

"Those who preserve their integrity, remain unshaken by the storms of daily life."

  • Living well really IS the best revenge.

  • Everyone seems normal until you get to know them.

  • You only need two tools: WD-40 and duct tape. If it doesn't move and it should, use WD-40. If it moves and it shouldn't, use duct tape.

  • When baking, follow directions carefully. When cooking on top of the stove, go by your own taste.

  • Life is 10% what happens to you, and 90% how you respond to it.

  • The two most essential phrases for a happy relationship: "I apologize" and "You are right."

  • Being happy doesn't mean everything's perfect, it just means you decided to see beyond the imperfections and be happy anyway.

  • If you woke up breathing, be thankful! You have another chance!

  • Being miserable because of a former relationship just proves that the other person was right about you.

  • Real friends are those who, when you make a fool of yourself, don't feel you've done a permanent job.

  • If he or she says that you are too good for them - believe it.

  • You don't have to attend every argument you're invited to.

  • You should lead your life so you wouldn't be ashamed to sell your parrot to the town gossip.

  • Learn from the mistakes of others.

  • You can't live long enough to make them all yourself.

~~ Author Unknown ~~

Journey to North :: Outstation

Dah dekat-dekat Ramadhan ni kene pergi outstation ke utara. Lokasinya Lumut -->Bukit Kayu Hitam --> Kuching, sebab ada projek kiosk fasa baru. Schedule very pack but what to do..memang ini la one of my core task kat LTAT ni.. Nasib baik all my luvly 'cintahati' very understanding (janji bulan puasa ni mama tak outstation ye sayang).
Bertolak 3 Ogos 2010 hari Selasa straight away to Lumut. Jauh rupanya Lumut tu, ingatkan dekat jer macam gi Ipoh tu. Bertolak sekitar pukul 3.00pm sampai dalam pukul 7.00pm, non-stop. Kat sana stay dekat Hotel Orient Star. Cantik sangat tempat ni, tepi laut tapi tak sempat pun nak ronda-ronda sebab kejar masa. Tapi untuk tidak menghampakan dapat la snap satu gambar view di laut dari beranda bilik hotel tu.


4 Ogos 2010, after meeting at KD Malaya TLDM Lumut terus ke Setiawan sebab kene cari TM Point. Selesai semua urusan berkenaan untuk Kem TLDM Lumut ni dalam pukul 1.00pm. We all sambung perjalanan ke arah Grik dan seterusnya akan ke Pengkalan Hulu. Dalam perjalanan tu berenti sekejap kat Kuala Kangsar makan cendol & laksa. Punyala murah harga makanan kat sini. Rasanya dah 18 tahun tak jumpa harga makanan murah camni..sejak abis sekolah rendah dulu. Rasa makanannya pun not bad..Malas nak citer panjang..tengok je gambar kat bawah ni. A picture tells a thousand stories..

Sampai ke Kem Grik dalam pukul 4.30pm. Gedebak gedebuk settle hal kat sana dalam pukul 6.30pm dan terus gerak ke Pengkalan Hulu dan sampai ke destinasi dalam pukul 7.30pm. Huhu..letih jugak tapi orang yang drive lagi letih..hehehe. (I duduk belakang jer..En Zul yang drive & En Leman dok teman dia). Saya duduk di belakang sambil dengar lagu kegemaran kat hp (^_*)..

Sampai hotel, sembahyang-dinner-tido. Ready for tomorrow task!


~ Winduuu sesangat kat my kiddos & hubby. Luv u so much sweathearts ~

Monday, July 26, 2010

~ I Luv Butterfly ~

Tada..!!! tetiba pagi ni dapat brooch butterfly dari Juju..TQ Juju..I love it very much!!

Hp Mini 210 Vivien Tam Edition.. Cantiknya dengan spesifikasi yang agak ok.. Wish to have it one day.. Since the first time i saw it, kepala asyik teringat jer..sukanya..sukanya..sukanya.. huhuhu.

Sunday, July 25, 2010

Bercuti di Kampung Lonek ~ My kids really having fun with all the cousins (^_^)


Unplanned holiday at Kampung Lonek. Nilah dia kg Mr T. Rumah ni dulu pernah digunakan untuk pengambaran filem Waris Jari Hantu. Rumah pusaka ni sekarang dijaga oleh Pak Ijoy & Family. Macam-macam ada kat sini ayam, itik, angsa, ayam turkey, ayam serama. Pastu ada juga pokok buah dragonfruits dan Mas Cotek. Semua ternakan dengan tanaman ni ditanam sendiri oleh Pak Ijoy. Thihanee paling suka tengok angsa...dia siap kejar lagi..mama takut jer kalau angsa tu hambat dia balik..huhuhu.

Angsa & Ayam Serama yang sihat2 belaka...Semuanya dalam satu tempat.

Pokok Mas cotek yang popular sekarang. Ini first time tengok pokok ni yang real punya. Selama ni tau sebut nama jer. Kecik jer pokok mas cotek ni sekali tengok macam pokok bunga hiasan..
Malam tu kami balik ke Seremban dalam pukul 9.00 malam. Hanee, Aqeef, Yaya, Edi, Hanna & Rafif semua tido keletihan dalam kereta. Yang pastinya mesti anak2 mama yang akan bangun paling lambat pagi nanti..ahaks =). Esok Ahad dok rumah aje la ye anak2 mama sebab mama dah letih...esok kene keje..
~ T.A.M.A.T ~

Friday, July 23, 2010

Baju raya oh baju raya

Ramadhan semakin hampir ni...Posa dah abis ganti ke blum? (Tanya diri sendiri dlm hati... hehehe). Terasa cepat betul masa berlalu. Tahun ni berazam nak berbelanja se'berhemah' yang mungkin..(budget tight beb..). Kalo tahun sebelum ni mesti tempah sekurang-kurangnya sehelai kat YoungYoung (my fav. tailor) tapi tahun ni beli baju siap jer..sbb xde budget...harga kat situ pun makin mahal..kalo dulu rm250 tu dah dpt yang lawa giler..tp sekarang dah x dpt harga tu. Tahun lepas 2helai baju dia charge sampai rm800..huhu..upah jahit sahaja!. Kalo tak amik xde baju raya sbb dah last minutes..terpaksa la amik jugak....tu yang serik skit tu..tapi tailor ni memang tip top la..jahitannya..design corak n manik very exclusive..semuanya perfect dan sedap dipakai. Bak kata pepatah "alah membeli menang memakai". Kalo i ni mak datin ker..pn sri ker..bleh la nak tempah mahal2 camtu slalu..hikhikhik. Ni kojo biaso jo..sekali sekalo nak meraso buleh laa..

Untuk aqeef, MIL(neni) dah belikan sepasang short+shirt. Seluar jeans & khakis plak Aty Pina dia dah belikan kat Dhaka 11helai (sampai stok umur aqeef 6 tahun tu...). So, mama just belikan dia baju melayu & shirt ajer. Hanee, my mum(opah) dah jahitkan selai gawn ala2 party princess gitu, neni plak dah belikan dia baju kurung kuning..opah janji nak jahitkan baju kurung hanee jugak nanti. So, mama kene belikan dia baju casual ajer..

Theme color for this year bergantung kepada warna majority... Papa kene tempah baju melayu warna yang mana mama & aqeef & hanee dah ader..Papa ok jer..dia kata dia pakai baju color aper pun cute & hensem macam Tom Cruise..Mr T mmg kekadang suka perasan..hehehe..(whatever..ilapyu darling!)

Diharap amalan di bulan Ramadhan & Syawal kali ni lebih baik dari yang sebelumnya. Kene siapkan diri untuk berpuasa & berbuka dalam bas especially hari Jumaat sbb bas SKS & Plusliner slalu jer penuh sebelum sampai kat hentian terakhir (dpn RHB Jln Tun Razak)..terpaksa tunggu bas yang lambat..huhuhu. Dugaan..

Sunday, July 18, 2010

Presenting my 3 luvly "T"s ~ Thareez, Thaqeef & Thihanee




Ni la dia my luvly "T"s. The first in list is my cute hubby yang sememangnya cute since the first time i met him. Among my frens, i called him Mr T. He was born 25 April 1977. Orang "nogori" tapi tak suka sangat makan lauk "gulai lomak cili api". Walaupun dia agak cute, tapi kelebihan Mr T ni ialah bersukan ~football, badminton, golf, ping pong and "funfair" hehehe.


My first hero is Aiman Thaqeef. Lahir pada 3 November 2006 (sama dgn tarikh lahir doktor yang sambut dia kat Hospital Pakar Seremban tu..). Aqeef dilahirkan melalui kaedah ceasarean. Favourite tv shows ultraman (definitely..), Tom & Jerry & Pink Panther.


My first princess in town is Syasya Thihanee. Lahir pada 28 march 2008 secara normal di hospital yang sama dengan Aqeef. Sama zodiak dengan mama, and Mr T kata perangai we all pun sama.. We also share a same favourite color iaitu "Pink"...hehehe.


Itu la serba sedikit mukaddimah pasal mr & miss T yang paling saya cintai. Semoga keluarga kami sentiasa bahagia dunia akhirat dan dilindungi serta diberkati Allah selalu. Amin.


~Lots Of Luv Hugs & Kisses (^_^) ~

 

Blog Template by YummyLolly.com