Monday, October 4, 2010

Suatu Hari Di Hari Raya 2010

Seperti biasa raya pertama akan berada di Seremban kemudian petang kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman di Jementah, Segamat. Sebelum tu, kami akan pergi rumah arwah nenek sebelah suami kerana saudara mara akan berkumpul di sana menikmati masakan kacang pol oleh Aty Mek. Kepada yang tak tahu apa dia kacang pol tu..ia sejenis makanan Arab yang dimakan bersama roti perancis atau ader jugak yang makan dengan roti boom bersama telur mata yang ditabur bawang & cili masak segar. Masa mula2 makan kacang pol ni rasa macam tak suka..tapi bila dah pandai makan baru terasa keenakannya.


Tak banyak gambar yang dapat di'snap' masa hari raya tu..tapi ader la skit2 yang dapat di'snap' untuk tatapan & kenangan.


Yang paling seronok masa hari raya ni bila tengok anak2 enjoy sangat dengan baju & duit raya masing2. Bila time nak balik kampung dua-dua asyik nyanyi lagu 'Balik Kampung'... Masing-masing membayangkan suasana gembira & meriah. Semoga Hari Raya yang akan datang lebih meriah & membahagiakan buat kami sekeluarga. ~Amin ~

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com