Friday, October 8, 2010

~ Trifle Oh Trifle ~

Salam semua.. Entry kali ni kita share resepi la pulak ~ trifle best. Resepi trifle ini disumbangkan oleh Pn Nazreena Noor @ my sister in law. Tq Geena. Percubaan pertama bersama Geena sangat berjaya & harap2 kalo buat sendiri nanti jadik la jugak.. (^_*) Bahan-bahan : 2 swiss roll vanilla 3 tin ideal milk Bird custard Gula caster Asen Vanilla 1 tin fruit cocktail 2 tin lychee in syrup 2 tin longan in syrup 4 packets kristal jelly strawberry 1 kotak fresh milk Cara membuatnya : Mula-mula potong swiss roll vanilla dan susun di dalam bekas, jadikan lapisan pertama. Kemudian sediakan kastard. Campurkan 12 sudu kastard bersama 3 tin ideal milk di dalam satu bekas lain. Tambahkan 3 tin air suam di dalam bancuhan(gunakan tin ideal milk tadi) dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan gula caster secukup rasa. Masak kastard di atas api yang perlahan sehingga adunan jadi likat. Kastard yang sedang dimasak mesti selalu dikacau untuk elakkan ia hangus & berketul. Apabila kastard dah likat, segera tuangkan di atas kek vanilla yang disusun tadi sebagai lapisan kedua. Campurkan fruit cocktail, laici & longan dan tapis sirapnya. Taburkan buah-buahan tadi di atas kastard. Langkah seterusnya adalah menyediakan jelly. Bancuhan jelly adalah berbeza mangikut jenis jelly. Cara bancuhan selalunya disediakan pada kotak atau packing jelly tersebut. Last sekali bancuh jelly dan tuang atas buah-buahan & kastad tadi perlahan-lahan. Masukkan dalam peti sejuk supaya jelly beku. Ada sesetengah jelly ambil masa 4 hingga 8 jam untuk beku, ada jugak yang beku immediately.

Sekarang trifle sedia dimakan selepas jeli dah beku. Trifle boleh dimakan saja atau dimakan bersama fresh milk.

1. Swiss roll dipotong & disusun dalam bekas


2. Kastad yang dibancuh


3. Kastad yang telah dimasak & sejuk



1. Buah-buahan cocktail, laici & longan dicampur


2. Buah-buahan ditabur atas kastard yang telah sejuk


3. Trifle setelah dituang jelly.


4. Jell-o perisa strawberry ~~~~~~~~ SELAMAT MENCUBA ~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com