Friday, October 8, 2010

Open Department


Hari yang ditungu-tunggu lepas naik cuti raya..apa lagi makan2 jamuan raya la. My department buat on 30 September 2010. Makanan sumer best2..macam2 ada..dan yang paling best sekali jamuan tu dekat Unit IT. So, hari tu unit IT sumer makan..makan..makan..kerja..makan balik..macam tu la sampai balik...


{ Masing2 yang konon2 sibuk buat persiapan jamuan }

{ Makanan : Soto, Nasi Impit, Daging Dendeng, Kuah kacang & macam2 lah.. }

{ Makan time..sampai bersilang tangan..Ali jugak yang rilek } { Lepas makan..bergambar..} Habis dah..Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.. (^_*)

Wednesday, October 6, 2010

Berhari Raya Dengan Ikien

Raya ke-9 hari tu sepatutnya we all pergi wedding invitation kat Dewan MPS. kalau ikut plan asal, we all ingat nak singgah Seremban Parade carik cadar baru...tapi disebabkan Thihanee meragam dek kerana mengantuk...terus tak jadi pergi, duduk rumah je laa..


Dalam boring2 tu terasa nak gi berjalan jugak. Terus jer call Ikien ajak dia beraya rumah Ijan kat Kajang. Ikien ni antara kawan yang memang best & sporting..dia on jer sebab tgh free... Lepas Thihanee bangun tido jer terus gerak ke rumah Ijan dalam pukul 3 petang. Aqeef awal2 lagi dah siap, dia ok jer asal ader cerita Tom & Jerry atau Ultraman dia dok diamla.


Dah alang2 nak berjumpa kengkawan lama ni, Ikien suggest suruh call kengkawan lain yang tinggal area berdekatan ajak beraya sekali umah Ijan. Suka hati kitorang jer kan buat reunion rumah orang..ngehehe. Ramai gak yang kitorang contact tapi mostly still beraya kat kampung memasing yang ader cuma Noriah jer. Takpela walaupun cuma jumpa 3 orang..kitorang tetap seronok. Ijan selaku tuan rumah yang baik hati siap buat mihoon soto lagi..Ermm memang best. Thank you berry much Ijan, Ikien & Noriah.






Lepas beraya rumah Ijan, Ikien ajak pergi melawat Mieza di Sungai Merap, Bangi. Ijan & Noriah x dapat ikut sebab ade hal lain. Kat rumah Mieza kitorang makan speghetti. Sempat lagi Mieza masak dalam sakit2 tu. Tq Mieza. Sedap speghetti hari tu. Lain kali kalo kitorang datang buat la lagi...hehehe.






Sebelum balik rumah..siap tumpang mandikan Aqeef & Hanee kat rumah Mieza. Pening Ikien tengok Aqeef & Hanee yang tak reti dok diam...huhuhu. Macam tu la saya & anak2..ribut!!


Masa nak balik dari rumah Mieza, terjadilah satu insiden. Jari Aqeef tak pasal2 terkepit pintu kereta. Thihanee tertutup pintu kereta cepat sangat. Kesian abang long..Aqeef nangis sebab sakit tapi Thhanee yang x apa2 tu nangis jugak. Agaknya takut kene marah kot.. Aty Mieza sempat sapu minyak gamat..huhu. Pengajaran untuk Aqeef & Hanee..lain kali jgn main pintu kereta lagi.






1. Mieza, Ikien & me with Hanee & Aqeef


2. Ikien & I~friendship forever


3. Ijan, Ikien, saya & Noriah



Balik konvoi dgn Ikien sampai Nilai. Lepas tu we all amik arah memasing. Anak2 pun dah mandi, balik ni terus tido. Seronok sgt dapat jumpa kengkawan lama...


Monday, October 4, 2010

Suatu Hari Di Hari Raya 2010

Seperti biasa raya pertama akan berada di Seremban kemudian petang kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman di Jementah, Segamat. Sebelum tu, kami akan pergi rumah arwah nenek sebelah suami kerana saudara mara akan berkumpul di sana menikmati masakan kacang pol oleh Aty Mek. Kepada yang tak tahu apa dia kacang pol tu..ia sejenis makanan Arab yang dimakan bersama roti perancis atau ader jugak yang makan dengan roti boom bersama telur mata yang ditabur bawang & cili masak segar. Masa mula2 makan kacang pol ni rasa macam tak suka..tapi bila dah pandai makan baru terasa keenakannya.


Tak banyak gambar yang dapat di'snap' masa hari raya tu..tapi ader la skit2 yang dapat di'snap' untuk tatapan & kenangan.


Yang paling seronok masa hari raya ni bila tengok anak2 enjoy sangat dengan baju & duit raya masing2. Bila time nak balik kampung dua-dua asyik nyanyi lagu 'Balik Kampung'... Masing-masing membayangkan suasana gembira & meriah. Semoga Hari Raya yang akan datang lebih meriah & membahagiakan buat kami sekeluarga. ~Amin ~

Long Coffee Break

Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Maaf Zahir Batin. Dah lama sangat tak update blog ni atas sebab2 komitmen. Sepanjang masa tu macam2 pengalaman yang dilalui suka duka pahit manis msam manis..macam2 laa.. Tapi, InsyaAllah lepas ni akan diusahakan agar blog ni sentiasa terisi dengan cerita2 baru.

Thursday, August 26, 2010

~ Rindunya Masakan Mak ~


Dah lama sangat x update blog nie sebab sibuk sikit & adanya halangan bila time nak update tu. Hari ni cuba jugak curi masa untuk update blog i yang x seberapa ni..huhuhu..


Tetiba jer teringat kat masakan mak especially soto ayam with bergedil masakan mak..emmm sedap sangatttt. Baru 2 minggu lepas balik kampung dah rindu..uwaaaa..(malu jerk kalo anak2 tgk mama dia nangis kan....). Masa balik hari tu sempat la amik gambar hidangan masakan mak untuk tatapan bersama di bulan posa yang indah niey..tp gambar soto x sempat amik sbb x menyempat sesangat nak makan..cuma dapat amik gambar lauk hari kedua jer..x dapat makan tengok gambar pun jadilaaa..

Menu dalam gambar tu Ayam masak merah, Gulai lemak labu+kobis, Sambal tempe, Ikan pekasam, ulam petai dangan sambal tempoyak. Hidangan sampingan pulak tempe goreng cicah sambal kicap denagn pisang tanduk goreng...emmm yummy.. sumer my favourite lauk-pauk..huhuhu.

Ok laa..xnak tunjuk byk2 nnt kempis pahala posa ari niey.. =).

Thursday, August 5, 2010

LESSONS FROM THE REAL WORLD

"Those who preserve their integrity, remain unshaken by the storms of daily life."

  • Living well really IS the best revenge.

  • Everyone seems normal until you get to know them.

  • You only need two tools: WD-40 and duct tape. If it doesn't move and it should, use WD-40. If it moves and it shouldn't, use duct tape.

  • When baking, follow directions carefully. When cooking on top of the stove, go by your own taste.

  • Life is 10% what happens to you, and 90% how you respond to it.

  • The two most essential phrases for a happy relationship: "I apologize" and "You are right."

  • Being happy doesn't mean everything's perfect, it just means you decided to see beyond the imperfections and be happy anyway.

  • If you woke up breathing, be thankful! You have another chance!

  • Being miserable because of a former relationship just proves that the other person was right about you.

  • Real friends are those who, when you make a fool of yourself, don't feel you've done a permanent job.

  • If he or she says that you are too good for them - believe it.

  • You don't have to attend every argument you're invited to.

  • You should lead your life so you wouldn't be ashamed to sell your parrot to the town gossip.

  • Learn from the mistakes of others.

  • You can't live long enough to make them all yourself.

~~ Author Unknown ~~

Journey to North :: Outstation

Dah dekat-dekat Ramadhan ni kene pergi outstation ke utara. Lokasinya Lumut -->Bukit Kayu Hitam --> Kuching, sebab ada projek kiosk fasa baru. Schedule very pack but what to do..memang ini la one of my core task kat LTAT ni.. Nasib baik all my luvly 'cintahati' very understanding (janji bulan puasa ni mama tak outstation ye sayang).
Bertolak 3 Ogos 2010 hari Selasa straight away to Lumut. Jauh rupanya Lumut tu, ingatkan dekat jer macam gi Ipoh tu. Bertolak sekitar pukul 3.00pm sampai dalam pukul 7.00pm, non-stop. Kat sana stay dekat Hotel Orient Star. Cantik sangat tempat ni, tepi laut tapi tak sempat pun nak ronda-ronda sebab kejar masa. Tapi untuk tidak menghampakan dapat la snap satu gambar view di laut dari beranda bilik hotel tu.


4 Ogos 2010, after meeting at KD Malaya TLDM Lumut terus ke Setiawan sebab kene cari TM Point. Selesai semua urusan berkenaan untuk Kem TLDM Lumut ni dalam pukul 1.00pm. We all sambung perjalanan ke arah Grik dan seterusnya akan ke Pengkalan Hulu. Dalam perjalanan tu berenti sekejap kat Kuala Kangsar makan cendol & laksa. Punyala murah harga makanan kat sini. Rasanya dah 18 tahun tak jumpa harga makanan murah camni..sejak abis sekolah rendah dulu. Rasa makanannya pun not bad..Malas nak citer panjang..tengok je gambar kat bawah ni. A picture tells a thousand stories..

Sampai ke Kem Grik dalam pukul 4.30pm. Gedebak gedebuk settle hal kat sana dalam pukul 6.30pm dan terus gerak ke Pengkalan Hulu dan sampai ke destinasi dalam pukul 7.30pm. Huhu..letih jugak tapi orang yang drive lagi letih..hehehe. (I duduk belakang jer..En Zul yang drive & En Leman dok teman dia). Saya duduk di belakang sambil dengar lagu kegemaran kat hp (^_*)..

Sampai hotel, sembahyang-dinner-tido. Ready for tomorrow task!


~ Winduuu sesangat kat my kiddos & hubby. Luv u so much sweathearts ~
 

Blog Template by YummyLolly.com